aku demam….aku bermimpi macam-macam….yang pasti,Engkau banyak mempertemukan aku dengan dia dalam mimpi-mimpi aku itu….Engkau tahu betapa aku amat merindui dia….

aku sedar,yang diriku ini banyak dosa….banyak sangat maksiat bertimbun-timbun….aku bukanlah seorang contoh terbaik buat adik-adikku di sana…..tapi,aku yakin pada hidayah-Mu ya ALLAH….

Engkau berilah peluang kepadaku untuk aku bertemu dengan dia lagi….benar,aku rindu kepadanya….Engkau lah tempat aku mengadu….adik Fath,abang sangat rindu pada adik!

Akward Undo from BB Bold 9700

Advertisements

ya ALLAH!

February 18, 2011

aku benar-benar merindui adik-adik ku di Segubang….meski diri ini makin sibuk dengan PRK 2011,namun itu tak mampu menghalang rasa rindu menerjah ruang jiwa aku…

ya ALLAH,bila lagi aku punya peluang untuk menjengah adik-adik kecil aku di sana?

setiap kali menatap wajah mereka di skrin laptop hitamku,nyata aku sedar air mata ku merembes keluar….

aku rindu adik-adik ku!

Akward Undo from BB Bold 9700

Entah,di mana patut aku mulakan coretan isi hati ku ini….jika kalian di sana membaca ini,ketahuilah aku cuma mampu mengalirkan air mata ku sahaja….

Mimpi adalah kunci…untuk kita menaklukkan dunia…berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya….

adik Fath,abang rindu pada adik sangat-sangat!

Menarilah dan terus tertawa…walau dunia tak seindah syurga….bersyukurlah pada yang kuasa…cinta kita di dunia selamanya!

Malam ni,aku mencoret di sini…aku mahu sembunyikah jeritan rindu ini….tapi,aku tak mampu….

Laskar pelangi,mengajar aku mengarang cinta….aku jatuh cinta pada Segubang ya ALLAH…

Adik Fathulrahman,abang sentiasa merindui suara adik menyanyikan Laskar Pelangi pada abang….

Moga kita dipertemukan lagi ya!

Akward Undo from BB Bold 9700